PRODUK DI SINI ADALAH 'ENERGY BASE'
Tenaga merupakan ASAS bagi kehidupan. Kerana tanpanya, MANUSIA tidak HIDUP, LAMPU tidak BERNYALA, POKOK tidak HIDUP dan sebagainya memerlukan apa yang dipanggil tenaga.
Apabila kita berbicara berkaitan manusia, secara zahirnya kita melihat sesusuk TUBUH yang terdiri daripada ORGAN tertentu, hasil daripada pembentukan daripada TISU, hasil daripada SEL-SEL tertentu, dan SUDAH PASTI SEL juga melalui prosesnya yang tersendiri. ATOM ialah unit paling kecil daripada SEL dan ia yang membentuk SEL.
ATOM terdiri daripada gabungan antara ELEKTRON dan PROTON. Proton adalah JASAD, JISIM, BEKAS, TUBUH kepada Elektron yang merupakan TENAGA bagi kehidupan PROTON. ELEKTRON sangat dipengaruhi oleh GELOMBANG, FREKUENSI, dan GETARAN.
BAGAIMANA MENGAMBIL TENAGA DARIPADA BAHAN?
Bagaimana Tenaga Diambil
Zat atau nutrisi yang terkandung di dalam sesuatu bahan sama ada dari tumbuhan atau bahan semulajadi lain akan melalui proses peraman selama beberapa ketika di dalam Air/Alkohol Food Grade (Alkohol Untuk Perubatan) dengan tujuan mengekstrak, mengambil segala yang terdapat pada satu-satu bahan. Hasil dari peraman terhasillah Pati Ibu bagi bahan tersebut yang mendap di dalam bekas. 1% Pati Ibu dicampur dengan 99% Air/Alkohol Food Grade dan digoncang dan dihentak beberapa ketika agar gelombang yang terkandung dalam Pati Ibu tadi dapat terbias ke dalam 99% Air/Alkohol Food Grade itu. Kemudian selepas selesai, diambil 1% lagi dari yang dicampurkan tadi dan dicampurkan dengan 99% Air/Alkohol Food Grade dan langkah ini diulang berkali-kali sehinggalah tiada lagi bahan asal atau Pati Ibu di dalam sabatian cairan Air/Alkohol Food Grade ini. Yang terhasil ini lah cecair yang membawa gelombang atau tenaga daripada bahan asal. Bukankah air perekod/perakam yang baik.
Orang melayu kita dah lama lakukan benda ni. Cuba tengok pengamal perubatan Islam jampi atas apa? Bukankah pada air untuk diminum dan diguna. Apa yang direkod dan dirakam adalah tenaga atau frekuensi atau aura atau getaran atau elektron sesuatu bahan asal dan ujian makmal tidak akan menjumpai sebarang zat atau nutrisi dalam cairan tersebut. Hanya boleh dibuat ujian frekuensi atau gelombang pada bacaan Hertz dan dibandingkan dengan gelombang bahan asal. Biasanya pengambilan satu-satu makanan tenaga ini dibawa melalui Globules yang berasal dari Sukrose atau gula bulat. Cecair yang terhasil daripada proses hentakan, goncangan tadi dititiskan ke atas Globules dan sebagai proses akhir bekas yang mengandungi Globules ini juga akan dihentak dan digoncang untuk penyebaran gelombang atau frekuensi yang dibawa. Seterusnya gelombang tertentu masuk melalui tubuh manusia melalui oral.